Khamis, 13 Ogos 2009

WASIAT IMAM AL-GHAZALI KEPADA PENUNTUT ILMU

Dengan nama Allah saya mulakan kalam ini , selawat salam keatas pembawa risalahNYA nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabatnya dan juga ahli keluarganya . kali ini saya ingin memaparkan wasiat imam al-ghazali kepada para penuntut ilmu dengan harapan supaya kita sama-sama menilik kembali sejauh mana keadaan kita . adakah kita berada dilandasan yang betul ataupun sebaliknya . andai kita dilandasan yang betul ALHAMDULILLAH tetapi kalau kita sedari diri ini dilandasan sebaliknya cepat-cepatlah bertaubat dan betulkanlah landasan kita ini .

Mungkin ramai dikalangan kita pernah mempelajari kitab bidayatul hidayah karangan imam al-ghazali samada dengan bertalaqqi mahupun mendengar rakaman . di awal-awal kitabnya lagi imam al-ghazali telah menekankan kepada penuntut ilmu agar ikhlaskan niat mereka untuk menuntut ilmu . sebab apa? kerana segala amalan kita dihitung berlandaskan niat , jika baik maka sudahnya baik kalau buruk maka sudahnya pasti buruk .

wasiatnya :
wahai penuntut ilmu yang gemarkan ilmu sedarlah andai kamu menuntut ilmu bertujuan untuk menjadi seorang alim yang tunggal , untuk bermegah-megah , untuk mengatasi sahabat-sahabat kamu , untuk menarik perhatian seluruh manusia kepada kamu dan juga untuk mengaut kemewahan dunia , sesungguhnya kamu sedang berusaha menghancurkan agama kamu , menghancurkan diri kamu dan menjual akhirat kamu yang kekal abadi semata-mata untuk mencari dunia yang sementara , ketahuilah tindakan kamu akan membawa kepada penyesalan , perniagaan kamu akan hancur kerugian , guru kamu telah menjadi rakan kongsi dalam maksiat dan penyesalan kamu , guru kamu diibaratkan sebagai seorang penjual pedang kepada perompak . ini samalah dengan sabda nabi yang bermaksud : sesiapa yang menolong diatas sesuatu maksiat walau dengan setengah perkataan(macam bu daripada perkataan bunuh)
maka dia(orang yang membantu) itu menjadi rakan kongsi didalam maksiat itu .

Seandainya niat kamu hanyalah semata-mata mencari hidayah Allah bukannya semata-mata untuk mengambil ilmu dari dada para ulama' , beruntunglah kamu kerana para malaikat sentiasa melebarkan sayapnya sepanjang perjalanan kamu , ikan-ikan dilaut sentiasa meminta ampun untuk kamu selama-mana kamu bertungkus lumus mencari ilmu .


Lihatlah betapa tegasnya wasiat imam al-ghazali ini dan sayugialah kita para penuntut ilmu merenung sedalam-dalamnya kalam imam al-ghazali ini mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingin menghancurkan diri dan agamanya sekali . ikhlaskanlah niat kita sucikan hati kita dari segala penyakit hati jangan biarkan ia merebak!!! sabda nabi yang bermaksud :
jika hati baik maka baiklah jasadnya jika hati rosak berpenyakit maka rosaklah jasad . andai jasad rosak tidak mengapa lagi tetapi apa rasanya andai jasad akan dibakar , dipanggang oleh api neraka nanti? sanggupkah? fikir-fikirkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Komen

 

©2009 .::ehsanuddin::. | Template Blue by TNB