Ahad, 15 November 2009

alim fasiq&jahil abid :siapakah mulia?

segala puji dipanjatkan ke hadrat ilahi , selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w , ahli keluarga dan para sahabatnya .sejahil mana pun seseorang itu ia pasti mengakui bahawa orang yang berilmu adalah lebih mulia jika dibandingkan dengan si jahil .namun bagaimana pula kiranya jika si alim yang melaut dan menggunung ilmunya tetapi amalannya jauh dari landasan ilmunya?bagaimana pula si jahil tetapi amalannya persis gaya si alim?.

ingin saya coretkan dikesempatan ini satu kisah menakjubkan yang dinukil daripada kitab maraqi ubudiyyah karangan syeikh nawawi al-jawi merupakan syarah kepada kitab bidayatul hidayah bagi hujjatul islam imam al-ghazali .

al-kisah : pada suatu masa , terdapat segolongan manusia yang berkhilaf mengenai "siapakah yang lebih mulia diantara si alim yang fasiq dan si jahil yang kuat amal ibadahnya?lalu mereka menghantar seorang pergi ke tempat ibadah si jahil abid tersebut lalu berkata : wahai si abid , aku telah maqbulkan segala permintaan kamu , segala dosa-dosa kamu juga aku telah ampunkan , tinggalkanlah amalan ibadah kamu , cukuplah dan rehatlah . si abid seraya berkata dengan gembiranya : wahai tuhan ku , sesungguhnya aku sangat mengharapkan semua ini daripada engkau , demi sesungguhnya aku sudah lama memuja dan memuji serta mengabdikan diriku kepada engkau .si abid telah tertipu dengan helah tersebut maka jatuhlah ia kedalam lembah kekufuran disebabkan kejahilan itu .

manakala pergi pula seorang bertemu dengan si alim yang fasiq , justeru menyatakan : wahai si alim...takutlah padaku sesungguhnya akulah tuhan kamu , aku akan mengampunkan segala dosa dan noda yang kamu lakukan walaupun kamu tidak sedikit pun malu kepada ku tetapi kali ini aku ingin membinasakan kamu!!!.lalu si alim serta merta menghunuskan pedangnya dalam kemarahan seraya berkata : celaka kamu!!! sesungguhnya kamu tidak mengenali tuhan kamu!!!kemari aku hendak mengenalkan kamu dengan tuhan kamu dengan pedang ini!!!maka kalut-ributlah lelaki tersebut lari daripada hunusan pedang si alim tersebut . nyatalah kepada lelaki tadi betapa ilmu dan ahlinya tersangat mulia jika dibandingkan dengan ibadah tanpa disertai ilmu kepada allah s.w.t .

begitulah kisah yang saya nukilkan dari kitab tersebut , semoga ianya bermanfaat kepada kita semua . pun begitu jadilah kita seorang alim yang berpegang teguh dengan disiplin ilmu kerna ibnu ruslan empunya matan zubad menyatakan : si alim yang tidak beramal dengan ilmunya , akan di azab lebih dahulu daripada si kafir yang menyembah berhala .

Khamis, 13 Ogos 2009

WASIAT IMAM AL-GHAZALI KEPADA PENUNTUT ILMU

Dengan nama Allah saya mulakan kalam ini , selawat salam keatas pembawa risalahNYA nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabatnya dan juga ahli keluarganya . kali ini saya ingin memaparkan wasiat imam al-ghazali kepada para penuntut ilmu dengan harapan supaya kita sama-sama menilik kembali sejauh mana keadaan kita . adakah kita berada dilandasan yang betul ataupun sebaliknya . andai kita dilandasan yang betul ALHAMDULILLAH tetapi kalau kita sedari diri ini dilandasan sebaliknya cepat-cepatlah bertaubat dan betulkanlah landasan kita ini .

Mungkin ramai dikalangan kita pernah mempelajari kitab bidayatul hidayah karangan imam al-ghazali samada dengan bertalaqqi mahupun mendengar rakaman . di awal-awal kitabnya lagi imam al-ghazali telah menekankan kepada penuntut ilmu agar ikhlaskan niat mereka untuk menuntut ilmu . sebab apa? kerana segala amalan kita dihitung berlandaskan niat , jika baik maka sudahnya baik kalau buruk maka sudahnya pasti buruk .

wasiatnya :
wahai penuntut ilmu yang gemarkan ilmu sedarlah andai kamu menuntut ilmu bertujuan untuk menjadi seorang alim yang tunggal , untuk bermegah-megah , untuk mengatasi sahabat-sahabat kamu , untuk menarik perhatian seluruh manusia kepada kamu dan juga untuk mengaut kemewahan dunia , sesungguhnya kamu sedang berusaha menghancurkan agama kamu , menghancurkan diri kamu dan menjual akhirat kamu yang kekal abadi semata-mata untuk mencari dunia yang sementara , ketahuilah tindakan kamu akan membawa kepada penyesalan , perniagaan kamu akan hancur kerugian , guru kamu telah menjadi rakan kongsi dalam maksiat dan penyesalan kamu , guru kamu diibaratkan sebagai seorang penjual pedang kepada perompak . ini samalah dengan sabda nabi yang bermaksud : sesiapa yang menolong diatas sesuatu maksiat walau dengan setengah perkataan(macam bu daripada perkataan bunuh)
maka dia(orang yang membantu) itu menjadi rakan kongsi didalam maksiat itu .

Seandainya niat kamu hanyalah semata-mata mencari hidayah Allah bukannya semata-mata untuk mengambil ilmu dari dada para ulama' , beruntunglah kamu kerana para malaikat sentiasa melebarkan sayapnya sepanjang perjalanan kamu , ikan-ikan dilaut sentiasa meminta ampun untuk kamu selama-mana kamu bertungkus lumus mencari ilmu .


Lihatlah betapa tegasnya wasiat imam al-ghazali ini dan sayugialah kita para penuntut ilmu merenung sedalam-dalamnya kalam imam al-ghazali ini mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam orang-orang yang ingin menghancurkan diri dan agamanya sekali . ikhlaskanlah niat kita sucikan hati kita dari segala penyakit hati jangan biarkan ia merebak!!! sabda nabi yang bermaksud :
jika hati baik maka baiklah jasadnya jika hati rosak berpenyakit maka rosaklah jasad . andai jasad rosak tidak mengapa lagi tetapi apa rasanya andai jasad akan dibakar , dipanggang oleh api neraka nanti? sanggupkah? fikir-fikirkanlah....

Isnin, 13 Julai 2009

Tasauf pelengkap agama islam

Sebagaimana yang kita maklum , terbinanya agama islam itu dengan tiga tiang serinya runtuh salah satunya maka runtuhla semuanya. Andai kita telah menyempurnakan segala tuntutan islam dan iman tanpa ada cacat cela padanya akan tetapi tuntutan ehsan ataupun tasauf kita abaikan sudah pasti amalan dan kehidupan kita tidak kemana juga dengan erti kata lainnya tidak diterima oleh ALLAH .
Didalam sejumlah banyak takrif yang dibuat ulama' kita mengenai ilmu tasauf ini , namun secara keseluruhannya ianya membawa makna kita mesti membersihkan diri dan jiwa raga daripada sifat dan tabiat yang dicela dan menghiasi keperibadian kita dengan segala sifat yang tepuji.
Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim membersihkan dirinya dari segala kekotoran dalaman dan menanam nilai-nilai murni didalam hati sanubarinya.
Saya meyakini andai kata kita semua mengamalkan tuntutan agama secara bersepadu dan syumul , negara , masyarakat kita dan dunia ini umumnya pasti dapat mengecapi keindahan islam yang selama ini dihijab dengan tindak tanduk perangai penganut-penganutnya.
Kerana inilah saya ingin mencoretkan ilmu tasauf diruangan ini walaupun jauh disudut hati ini mengakui betapa tidak layaknya diri ini berbicara mengenainya , para ulama' sahaja yang layak berbicara mengenai hakikat tasauf ini. Wallahua'lam.
 

©2009 .::ehsanuddin::. | Template Blue by TNB